EN | 简体 | 繁体

Dasar Privasi

DASAR PRIVASI

Tay & Partners (“kami” atau “kita”) adalah perkongsian yang diperbadankan di bawah undang-undang Malaysia dengan pejabat kami terletak masing-masing di Kuala Lumpur di Tingkat 6, Plaza See Hoy Chan, Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur dan di Johor Bahru di Suite 15.02, Tingkat 15, Menara Zurich, 15, Jalan Dato 'Abdullah Tahir, 80300 Johor Bahru. Butiran hubungan kami adalah di sini.

Dasar privasi ini (“Dasar Privasi”) yang mengandungi Bahagian I dan Bahagian II menerangkan bagaimana kami memproses Data Peribadi anda, termasuk pengumpulan, penggunaan, penyimpanan, penzahiran dan pemindahan antarabangsa Data Peribadi anda.

I. AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 (“PDPA”)

A. Pemakaian

1. Bahagian I Dasar Privasi ini akan manjadi relevan kepada anda apabila kami memproses Data Peribadi anda di Malaysia.

B. Persetujuan

2. Dengan melayari laman web kami (www.taypartners.com.my) (“Laman Web”), berkomunikasi atau dalam apa jua cara cara berinteraksi dengan kami, anda menerima terma Dasar Privasi ini dan bersetuju dengan pemprosesan Data Peribadi anda termasuk pengumpulan, penggunaan, penyimpanan, penzahiran dan pemindahan Data Peribadi anda ke luar Malaysia, mengikut cara yang diterangkan dalam Dasar Privasi ini.

C. Jenis Data Peribadi

3. “Data Peribadi” bermaksud apa-apa maklumat mengenai anda yang ada dalam milikan atau kawalan kami yang boleh digunakan secara bersendirian, atau dalam kombinasi dengan maklumat lain, untuk mengenal pasti anda secara peribadi.

4. “Data Peribadi” juga termasuk maklumat peribadi sensitif yang mengandungi maklumat tentang kesihatan atau keadaan fizikal atau mental, pendapat politik, kepercayaan agama atau kepercayaan lain yang bersifat seumpamanya dan pelakuan atau pengataan pelakuan apa-apa kesalahan. Di mana diperlukan, kami hanya akan memproses maklumat sedemikian dengan syarat kami mempunyai persetujuan anda yang nyata untuk berbuat demikian.

D. Sumber Data Peribadi

5. Kami boleh mengumpul Data Peribadi anda daripada:

a. maklumat yang anda berikan kepada kami secara sukarela dengan berkomunikasi atau berinteraksi dengan kami dalam apa jua cara;
b. maklumat yang kami peroleh secara bebas melalui cara yang tersedia secara umum; dan
c. maklumat yang diberikan kepada kami daripada sumber lain yang sah.

E. Tujuan untuk memproses Data Peribadi

6. Data Peribadi anda boleh diproses untuk tujuan sah yang berhubungan dengan perniagaan kami khususnya:

a. untuk memberikan anda maklumat atau perkhidmatan;
b. untuk menjawab pertanyaan anda;
c. untuk menjalankan pemasaran langsung;
d. untuk memberi sokongan teknikal kepada anda;
e. untuk menjalankan pentadbiran perniagaan;
f. untuk mengekalkan Laman Web kami;
g. untuk memastikan keselamatan rangkaian dan maklumat;
h. untuk mengesan, menyiasat dan mencegah penipuan dan kesalahan jenayah lain;
i. untuk menguatkuasakan atau mempertahankan hak kami dan hak anda;
j. untuk memenuhi kewajipan undang-undang kami.

F. Penzahiran kepada pihak ketiga

7. Kami akan melibatkan pihak ketiga untuk melaksanakan fungsi pentadbiran, perundingan, teknikal dan operasi bagi pihak kami sepertimana yang kami tentukan sebagai perlu dan sesuai. Berkenaan dengan ini, kami akan memberi akses dan menzahirkan Data Peribadi anda kepada golongan pihak ketiga seperti yang berikut:

a. firma bersekutu atau firma gabungan kami;
b. juruaudit luar, perunding atau penasihat kewangan atau penasihat profesional yang lain;
c. kontraktor atau subkontraktor;
d. pembekal barangan dan perkhidmatan pihak ketiga;
e. penjual teknologi maklumat atau pembekal sokongan sistem;
f. pembekal insurans;
g. bank dan institusi kewangan;
h. agensi kerajaan, badan berkanun, pihak berkuasa kawalselia atau agensi penguatkuasa;
i. sesiapa sebagaimana kami dikehendaki berbuat demikian di bawah undang-undang atau melalui perintah mahkamah atau sebagai tindak balas kepada agensi kawalselia atau agensi kerajaan yang berwibawa.

G. Pemindahan ke luar Malaysia

8. Kami boleh memindahkan Data Peribadi anda ke suatu tempat di luar Malaysia untuk tujuan yang diterangkan di sini.

H. Kuki

9. Kuki adalah sekeping data yang disimpan pada peranti elektronik anda yang membolehkan laman web merekod aktiviti pelayaran anda dan mengingati maklumat mengenai anda. Kami akan menggunakan kuki di Laman Web kami untuk meningkatkan perkhidmatan kami, kefungsian dan prestasi Laman Web kami dan pengalaman pengguna anda. Anda mempunyai keupayaan untuk mengaktifkan atau mematikan kuki dengan mengubah tetapan pada pelayar anda

I. Peruntukan Data Peribadi secara sukarela

10. Peruntukan Data Peribadi kepada kami adalah secara sukarela. Jenis Data Peribadi yang kami kumpul dan guna, walaupun akan berbeza bergantung kepada sifat transaksi, adalah mencukupi dan perlu untuk tujuan yang diterangkan di sini

11. Jika anda memilih untuk tidak memberi Data Peribadi anda kepada kami, kami mungkin tidak dapat memberikan anda perkhidmatan dan maklumat yang anda perlukan atau memenuhi tujuan yang diterangkan di sini

J. Hak anda

12. Jika anda ingin mengakses, membetulkan, menarik balik persetujuan atau mengehadkan pemprosesan Data Peribadi anda dan data peribadi yang berhubungan dengan orang lain yang boleh dikenalpasti daripada Data Peribadi anda, sila hubungi kami dengan butiran yang dinyatakan di Seksyen 15 di bawah.

13. Anda boleh membantah pada bila-bila masa pemprosesan Data Peribadi anda bagi tujuan pemasaran langsung.

14. Kami akan memberikan anda semua hak berhubungan dengan Data Peribadi anda yang mana anda mempunyai di bawah PDPA.

K. Hubungi kami

15. Jika anda mempunyai sebarang permintaan atau pertanyaan mengenai pemprosesan Data Peribadi anda, sila hubungi Pengurus Pentadbiran kami di:

a. Alamat: 6th Floor, Plaza See Hoy Chan
Jalan Raja Chulan
50200 Kuala Lumpur
Malaysia
b. Nombor telefon: 603 - 2050 1888
c. Nombor fax: 603 - 2031 8618
d. Alamat emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

I. Perubahan kepada Dasar Privasi ini

16. Kami merizab hak untuk mengemaskini Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa sepertimana yang kami tentukan sebagai perlu dengan memaparkan versi terkini di Laman Web kami berserta tarikh kemaskini terakhir.

17. Dengan melayari Laman Web kami atau berkomunikasi dengan kami secara berterusan berikutan kemaskini kepada Dasar Privasi ini, anda menerima perubahan kepada terma Dasar Privasi ini dan bersetuju dengan pengumpulan, penggunaan, penyimpanan dan penzahiran Data Peribadi anda secara berterusan.

M. Bahasa Dasar Privasi ini

18. Dasar Privasi ini diisukan dalam kedua-dua bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan atau ketidakselarasan antara versi bahasa Inggeris dan versi bahasa Melayu, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai.


Dikemaskini terakhir pada 7 Mei 2018.